15 October 2014

YAYASAN BINA UPAYA (YBU)

Assalamualaikum w.b.t...

Nak cite sikit pasal Yayasan Bina Upaya ni...

Yayasan Bina Upaya ni didaftarkan pada 27hb Oktober 2009 di bawah Akta Pemegang Amanah, Ordinan 1952.

- Merupakan sebuah entiti bebas dan tidak bermotifkan keuntungan.
- Satu wadah yang diilhamkan oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir, bagi membantu kerajaan menangani isu-isu kemiskinan.


- Yayasan ini menjadi pelopor ke arah usaha-usaha membina upaya masyarakat dan pembasmian kemiskinan dalam Negeri Perak.


Entri ni bukan bermotifkan politik tapi lebih kepada menghargai dan bersyukur atas usaha ini dapat ku bina rumah untuk ibu ku...


Sehingga sekarang ku masih lagi dalam keadaan masih tidak percaya ada sebuah rumah sendiri walau hakikat nya ku tak mampu memiliki sebuah rumah mengikut gaji ku kerja sekarang..


Tapi disebabkan YBU ni la ku mampu membina sebuah rumah yang boleh ku berteduh bersama keluarga ku...


Syukur sangat Ya ALLAH... Alhamdulillah...


Ku mula mengisi borang pada bulan November 2013 dengan Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA)..


Selang tak berapa lama ku dapat jawapannya dan layak buat pinjaman bina rumah dari YBU ni..


Walau ku bujang tapi jangan salah faham ku minta untuk ibu ku yang ibu tunggal..


Kelayakan Pemohon seperti berikut :


1. Merupakan rakyat Negeri Perak.


2. Pemohonan mestilah berumur 18 hingga 50 tahun serta mempunyai keluarga dan tanggungan.


3. Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.


4. Tidak mempunyai rumah sendiri atau sedang mendiami rumah yang usang.


5. Permohonan perlu mendapat sokongan daripada YB ADUN dan Ketua Kampung masing-masing.


Jaminan Pembayaran


1. Geran tanah tapak hakmilik sah diperlukan.


2. Penjamin dari kalangan ahli keluarga terdekat yang mempunyai pekerjaan tetap.


3. Jaminan serta surat potongan gaji melalui majikan













Tadaaa....dah 8 bulan duk sini....

Rumah ni kos pembinaan yang ditetapkan adalah RM50,000.00

Kita boleh lantik kontraktor yang kita kenal atau dari YBU sediakan sendiri..

Sekarang ku tak perlu bayar umah yang ku sewa dulu sebanyak RM400 hanya perlu bayar separuh dari itu..





Kalau nak tengok progress nya leh tgk kt SINI

Terima kasih YBU dan MB Perak.. Alhamdulillah....

Sekian, wasalam..

17 September 2014

AROMA TERAPI PART 1

Assalamualaikum w.b.t...


Moga hari ini lebih baik dari semalam..


Apakata entry kali ini biar gambar yang berbicara...






Produk ni dari Paris, aroma ni kat sana deme sebut LAMPE BERGER....


Sekian, wasalam..

28 August 2014

SEWA LOT BERNIAGA DI IPOH

Assalamualaikum w.b.t...


Salam 1 Malaysia Salam Perak Amanjaya...


Moga dipermudahkan segala urusan kita InsyaAllah....


Ada seorang kawan ni mengadakan Karnival Jualan Usahawan Online bulan Ogos ni sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 57..


Bertempat di Angsana Ipoh Mall nama dulunya Greentown Mall..


Jom adik kakak abang moh kite menambah pendapatan di karnival berkenaan!!!


Masih ada 6 lot untuk disewa... 1 lot RM 725.00 untuk 3 hari bermula 29 - 31 Ogos 2014..


Tak kira anda tinggal dimana sekali pun kalau nak cuba bisnes online anda di Ipoh moh le ke sini wehhhh....


Karnival ini bukan sahaja untuk berbisnes tapi kita boleh beramal kerana.. kerana.. kerana apa


kerana ada mengadakan projek dana amal sumbangan beras anjuran Klasik Niaga Event.


Sumbangan beras akan disalurkan ke rumah anak yatim dan ke rumah orang tua sekitar Ipoh..

Berminat sila hubungi Pn Nadira 011- 25595499





Moh kite ke sana....


Sekian, wasalam..

24 August 2014

PROGRAM BERSAMA RF3 WORLD (FIRMAX3)

Assalamualaikum w.b.t...

Terima kasih pada yang membeli Firmax3 ni..

Minggu ni RF3 WORLD mengadakan program untuk SIHAT, CANTIK dan KAYA..

Tempat : SYMPHONY SUITES HOTEL (berdekatan Taman Soon Choon, Ipoh)

Masa : 2.45 petang

Tarikh : 24 Ogos 2014

Semua dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan majlis..

Masuk adalah PERCUMA...

Sekian, wasalam..

16 July 2014

ALTEL

Assalamualaikum wbt..



Salam Ramadhan Al - Mubarak...


Cepat rasanya masa berlalu...


Baru-baru ni di atas tanggungjawab menolong orang kita dan menyalurkan duit berkenaan


kepada pihak yang memerlukan pada saluran yang betul maka aku beli nombor Altel.


Tetapi tidak dinafikan coverage lebih meluas dari Celcom walaupun Altel berkongsi sama dengan Celcom.


Tempat coverage Celcom takda tapi coverage Altel ada itu yang bestnya..





Aku dah membelinya anda bila lagi....


Sekian, wasalam..

30 June 2014

FIRMAX - 3

Assalamualaikum w.b.t,



Dah lama beno rasanye x update blog.. acaner nak buat, bz beno ler..



Baru ni rezeki melimpah ruah syukur Alhamdulillahh...



Mula la tangan gatal' nak beli itu ini...



Ate berkenan le dengan satu produk ni..



Nama nye FIRMAX3..



Member ofis ada testimoni kt aku.



Nampak perubahan serta merta tu dari muka bulat ni terus nampak tegang.....



Ate duit tengah ada terus order dua bekas..



Ni produk dia..























Alhamdulillah.. sejak pakai ni kerap angin keluar, buang air besar pun lawas.



Baru 5 hari pakai baju kemeja yang dulu tu sendat kat ketiak hari ini pakai dah longgar Alhamdulillahhh..suke suke..



Pertama sekali sapu kat pergelangan tangan pastu sapu di tengkuk dari bawah ke atas ikut nadi, sapu kat perut bermula dari bawah ari-ari pusing lawan arah jam dan sapu kat bawah lengan yang tempat lain belum letak lagi..



Penggunaan dia sapu sikit je..



Mula-mula nak beli satu nak try je harga dia RM150 pastu kalau beli 2 kotak harga dia RM280 terus jadi ahli..



Apa lagi ambil 2 kotak terus la. Sebekas tu bleh tahan 2 bulan..



Itu saje untuk perkongsian hari ini..

Sesiapa yang berminat boleh la pm ke no ni Puteri : 019 - 5599386




Sekian, wasalam...