31 January 2014

Print Catridge HP Laserjet 10A

Assalamualaikum wbt..


Salam Jumaat, Salam 1 Malaysia, Salam Perak Amanjaya...


Hari ini pada sesiapa nak mencari/membeli toner untuk HP Laserjet boleh dapatkan dari Puteri.

Toner ni untuk printer HP Laserjet 2300L dan HP Laserjet 2300.






Harga nya RM 150.. tapi boleh nego lagi..

Harga pasaran RM179 - RM185..


Masih baru belum dibuka lagi..

Ada 11 kotak kt puteri.


Sebarang pertanyaan bolehlah tepon or wasup no ni 019-5599386..


Sekian wassalam..

23 January 2014

HOME BINDER 2014




Assalamualaikum wbt..


Dah lama tak update entry. Sibuk dengan hal kerja di ofis dan rumah baru bakal diduduki xlama lagi..

Minggu lepas aku berkenan terus beli dengan home binder 2014 yang direka oleh Puan Fizah pemilik blog Susunatur Sioca.

Jom kita tengok calendar yang direka beliau.


1) Cantik kan warna warni


2) Senang nak tengok cuti ape setiap bulan dan dapat merancang awal untuk bercuti atau lain-lain hal



3) Tarikh Istimewa ni tulis la birthday family dan birthday orang tersayang kalau untuk orang yang dah kawen boleh la tulis hari ulang tahun korang




4) Yang ni ada dari bulan Januari hingga bulan Disember. Tulis setiap hari apa yang korang buat atau perbelanjaan yang dikeluarkan setiap hari atau perancangan untuk setiap bulan




5) Ok kalau korang ada perkara nak tambah panjang berjela boleh la tulis kat nota tambahan ni



6) Kat sini ada sediakan tahun dari tahun 2014-2025 tulis la impian ke perancangan nak kawen tahun bila ke (aku la tu) atau apa-apa saja yang nak tulis.




Ok semoga bermanfaat.


Sesiapa yang berminat boleh la lawat blog Susunatur Sioca dan boleh beli terus dari Puan Fizah.



Sekian, wasalam..

09 January 2014

TAKRIFAN ISTILAH RAO@RAWA

Assalamualaikum wbt..

Mari kita kenali asal usul keturunan Rao@Rawa.

Keturunan Rao@Rawa ni banyak yang menetap di Gopeng, Perak.




"Istilah Rawa merujuk kepada satu etnik suku bangsa Melayu daripada perkataan Rao – sebuah kacamatan di dalam Kabupaten Pasaman di Sumatera Barat.

Negeri Rao di sebelah utara berjiran dengan Tapanuli yang didiami Mandailing manakala di sebelah Selatan bersempadan dengan Sumatera Barat yang majoriti penduduknya; Minangkabau.
Di sebelah barat Rao ialah Selat Mentawai dan timur pula bersempadan dengan Riau.

Perkataan Rawa hanya popular di Makkah dan Malaysia. Ia kurang dikenali di Rao.

Wan Mohd Shaghir Abdullah (Utusan Malaysia: 19.3.2007) berpendapat bahawa istilah Rawa di Malaysia bermula daripada Haji Abdullah Nordin al-Rawi yang mengasaskan syarikat percetakan dan penerbit Persama Press tahun 1921 di Lebuh Aceh, Pulau Pinang.

Anak beliau bernama Haji Yusuf bin Abdullah tersohor dengan gelaran Yusuf Rawa (1922-2000) yang pernah menjadi wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sebagai duta ke Iran, Iraq, Afghanistan dan Turki.

Pada asalnya disebut ar-Rawi mengikut istilah Arab yang bermaksud dibangsakan kepada ”Rao” tetapi lama kelamaan menjadi ar-Rawa yang menunjukkan asal seseorang itu iaitu dari Negeri Rao di Sumatera.

Namun demikian, tidak terdapat dalam sejarah yang menceritakan orang-orang Rawa yang menuntut atau menetap di lain-lain negeri atau negara menggunakan perkataan Rawa atau Rawi dicantumkan pada akhiran nama mereka.

Penggunaannya juga dianggarkan bermula di sekitar awal abad ke-19 khususnya sewaktu aktiviti pengajian Islam sedang berkembang pesat di Makkah.

Juga tidak dapat dipastikan penggunaan ar-Rawa pada akhir nama itu seseorang itu bermula di Tanah Melayu atau Makkah.

Walau bagaimanapun, mengikut catatan sejarah terdapat seorang syeikh terakhir di Makkah di kalangan orang Rawa bernama Syeikh Jamal Rawa yang menggunakan perkataan tersebut".

Sekian, wasalam..

06 January 2014

RUMAHKU SYURGAKU 5

Assalamualaikum wbt..


Entry kali ni proses pembinaan minggu ke 5.


Jom kita tengok apa yang dah siap..






Alhamdulillah.. Seribu rahmat dapat sebuah rumah syukur Ya Allah..


Macam-macam perancangan famili aku nak buat itu ini..


Seronok dapat tengok ibu ku gembira dengan siapnya rumah ni nanti.


Sekian, wasalam..

05 January 2014

RUMAHKU SYURGAKU 4




Assalamualaikum wbt..


Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..


Sibuk awal tahun ni macam-macam agenda dengan famili setiap kali hujung minggu..

Kat ofis sibuk dengan keje-keje ofis harini baru ada kesempatan nak taip entry.


Entry kali ni untuk proses pembinaan minggu ke 4 sepatutnya minggu lepas da masukkan dalam blog.


Jom kita tengok proses berikutnya..





Sekian wasalam..