27 December 2013

CARA PENGGUNAAN MINYAK KELAPA UNTUK KECANTIKAN

Assalamualaikum wbt..


Rini nak kongsi penggunaan minyak kelapa untuk kecantikan..



Lima resepi kecantikan dengan menggunakan minyak kelapa yang mana hanya mengambil masa yang singkat untuk disediakan! Dengan minyak kelapa, kulit dan rambut anda semestinya akan mendapat lebih manfaat daripada minyak lain. Baca selanjutnya untuk mengetahui cara penggunaan minyak kelapa yang lebih efektif seperti berikut:

Pelembab bibir yang sangat sempurna!
Apa yang anda perlukan adalah minyak kelapa dan sebuah bekas kecil yang boleh di bawa ke mana-mana sahaja.

Minyak kelapa merupakan pelembap bibir yang sangat ideal. Ya, ia kelihatan keras apabila disimpan lama di dalam bekas kecil tersebut tetapi ia sangat lembut sebaik sahaja anda menggunakan jari anda untuk menggunakannya pada bibir. Simpan bekas kecil yang mempunyai minyak kelapa tersebut berdekatan anda supaya mudah untuk anda mencapainya apabila bibir kering. Bonus, minyak kelapa ini juga rasanya sedap!


Krim tangan yang lembut!
Untuk resepi ini, anda perlukan 50% minyak kelapa dan 50% lilin lebah (beeswax). Cairkan lilin lebah di dalam periuk plastik di atas air mendidih. Kemudian, tambahkan minyak kelapa. Kacau sehingga sebati dan tuangkan ke dalam bekas kecil. Siap! Anda boleh ambil sedikit dan sapukan pada kulit tangan yang kering untuk rawatan penghidratan. Satu tips daripada kami: letakkan bekas kecil yang mengandungi krim tangan minyak kelapa ini di sebelah sinki supaya anda boleh ingatkan diri anda untuk menggunakannya selepas mencuci tangan anda!

Krim badan minyak kelapa
Putarkan minyak kelapa dengan menggunakan blender elektrik. Bagi sedikit ruang udara masuk ke dalam pengisar supaya minyak jadi ringan seperti sutera. Ia juga akan menyebabkan krim tersebut menjadi lebih lembut untuk digunakan pada badan. Cubalah!


Minyak rambut yang berkhasiat
Gunakan minyak kelapa dengan cara yang sama anda gunakan minyak argan atau minyak rambut lain yang dibeli dari kedai. Untuk tip yang lebih efektif, sapukan minyak kelapa ikut kuantiti anda pada kulit kepala dan rambut beberapa jam sebelum mandi. Cara ini akan menebalkan dan mengukuhkan akar rambut. Tambahan lagi, gosok minyak kelapa antara jari anda dengan hujung rambut kerana ia membantu membaiki dan mengelakkan rambut bercabang.


Menanggalkan solekan secara semulajadi
Panaskan minyak kelapa dengan api kecil. Kemudian, campurkan minyak badam atau minyak bayi badam minyak (75% minyak kelapa / 25% minyak badam atau bayi). Tuangkan campuran tersebut ke dalam bekas dan biarkannya sejuk. Untuk menanggalkan solekan anda, ambil sedikit campuran tersebut menggunakan jari-jari anda. Seterusnya, urut muka dengan lembut dan gosok secara perlahan untuk hilangkan solekan. Kemudian cuci muka dan lap dengan kain bersih. Tip tambahan: anda boleh menggunakan minyak yang sama lagi sekali untuk melembapkan muka sebelum tidur!

Sumber

Sekian, wasalam..

No comments:

Post a Comment