15 October 2014

YAYASAN BINA UPAYA (YBU)

Assalamualaikum w.b.t...

Nak cite sikit pasal Yayasan Bina Upaya ni...

Yayasan Bina Upaya ni didaftarkan pada 27hb Oktober 2009 di bawah Akta Pemegang Amanah, Ordinan 1952.

- Merupakan sebuah entiti bebas dan tidak bermotifkan keuntungan.
- Satu wadah yang diilhamkan oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir, bagi membantu kerajaan menangani isu-isu kemiskinan.


- Yayasan ini menjadi pelopor ke arah usaha-usaha membina upaya masyarakat dan pembasmian kemiskinan dalam Negeri Perak.


Entri ni bukan bermotifkan politik tapi lebih kepada menghargai dan bersyukur atas usaha ini dapat ku bina rumah untuk ibu ku...


Sehingga sekarang ku masih lagi dalam keadaan masih tidak percaya ada sebuah rumah sendiri walau hakikat nya ku tak mampu memiliki sebuah rumah mengikut gaji ku kerja sekarang..


Tapi disebabkan YBU ni la ku mampu membina sebuah rumah yang boleh ku berteduh bersama keluarga ku...


Syukur sangat Ya ALLAH... Alhamdulillah...


Ku mula mengisi borang pada bulan November 2013 dengan Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA)..


Selang tak berapa lama ku dapat jawapannya dan layak buat pinjaman bina rumah dari YBU ni..


Walau ku bujang tapi jangan salah faham ku minta untuk ibu ku yang ibu tunggal..


Kelayakan Pemohon seperti berikut :


1. Merupakan rakyat Negeri Perak.


2. Pemohonan mestilah berumur 18 hingga 50 tahun serta mempunyai keluarga dan tanggungan.


3. Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.


4. Tidak mempunyai rumah sendiri atau sedang mendiami rumah yang usang.


5. Permohonan perlu mendapat sokongan daripada YB ADUN dan Ketua Kampung masing-masing.


Jaminan Pembayaran


1. Geran tanah tapak hakmilik sah diperlukan.


2. Penjamin dari kalangan ahli keluarga terdekat yang mempunyai pekerjaan tetap.


3. Jaminan serta surat potongan gaji melalui majikan













Tadaaa....dah 8 bulan duk sini....

Rumah ni kos pembinaan yang ditetapkan adalah RM50,000.00

Kita boleh lantik kontraktor yang kita kenal atau dari YBU sediakan sendiri..

Sekarang ku tak perlu bayar umah yang ku sewa dulu sebanyak RM400 hanya perlu bayar separuh dari itu..





Kalau nak tengok progress nya leh tgk kt SINI

Terima kasih YBU dan MB Perak.. Alhamdulillah....

Sekian, wasalam..

17 September 2014

AROMA TERAPI PART 1

Assalamualaikum w.b.t...


Moga hari ini lebih baik dari semalam..


Apakata entry kali ini biar gambar yang berbicara...






Produk ni dari Paris, aroma ni kat sana deme sebut LAMPE BERGER....


Sekian, wasalam..

28 August 2014

SEWA LOT BERNIAGA DI IPOH

Assalamualaikum w.b.t...


Salam 1 Malaysia Salam Perak Amanjaya...


Moga dipermudahkan segala urusan kita InsyaAllah....


Ada seorang kawan ni mengadakan Karnival Jualan Usahawan Online bulan Ogos ni sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 57..


Bertempat di Angsana Ipoh Mall nama dulunya Greentown Mall..


Jom adik kakak abang moh kite menambah pendapatan di karnival berkenaan!!!


Masih ada 6 lot untuk disewa... 1 lot RM 725.00 untuk 3 hari bermula 29 - 31 Ogos 2014..


Tak kira anda tinggal dimana sekali pun kalau nak cuba bisnes online anda di Ipoh moh le ke sini wehhhh....


Karnival ini bukan sahaja untuk berbisnes tapi kita boleh beramal kerana.. kerana.. kerana apa


kerana ada mengadakan projek dana amal sumbangan beras anjuran Klasik Niaga Event.


Sumbangan beras akan disalurkan ke rumah anak yatim dan ke rumah orang tua sekitar Ipoh..

Berminat sila hubungi Pn Nadira 011- 25595499





Moh kite ke sana....


Sekian, wasalam..

24 August 2014

PROGRAM BERSAMA RF3 WORLD (FIRMAX3)

Assalamualaikum w.b.t...

Terima kasih pada yang membeli Firmax3 ni..

Minggu ni RF3 WORLD mengadakan program untuk SIHAT, CANTIK dan KAYA..

Tempat : SYMPHONY SUITES HOTEL (berdekatan Taman Soon Choon, Ipoh)

Masa : 2.45 petang

Tarikh : 24 Ogos 2014

Semua dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan majlis..

Masuk adalah PERCUMA...

Sekian, wasalam..

16 July 2014

ALTEL

Assalamualaikum wbt..



Salam Ramadhan Al - Mubarak...


Cepat rasanya masa berlalu...


Baru-baru ni di atas tanggungjawab menolong orang kita dan menyalurkan duit berkenaan


kepada pihak yang memerlukan pada saluran yang betul maka aku beli nombor Altel.


Tetapi tidak dinafikan coverage lebih meluas dari Celcom walaupun Altel berkongsi sama dengan Celcom.


Tempat coverage Celcom takda tapi coverage Altel ada itu yang bestnya..





Aku dah membelinya anda bila lagi....


Sekian, wasalam..

30 June 2014

FIRMAX - 3

Assalamualaikum w.b.t,



Dah lama beno rasanye x update blog.. acaner nak buat, bz beno ler..



Baru ni rezeki melimpah ruah syukur Alhamdulillahh...



Mula la tangan gatal' nak beli itu ini...



Ate berkenan le dengan satu produk ni..



Nama nye FIRMAX3..



Member ofis ada testimoni kt aku.



Nampak perubahan serta merta tu dari muka bulat ni terus nampak tegang.....



Ate duit tengah ada terus order dua bekas..



Ni produk dia..























Alhamdulillah.. sejak pakai ni kerap angin keluar, buang air besar pun lawas.



Baru 5 hari pakai baju kemeja yang dulu tu sendat kat ketiak hari ini pakai dah longgar Alhamdulillahhh..suke suke..



Pertama sekali sapu kat pergelangan tangan pastu sapu di tengkuk dari bawah ke atas ikut nadi, sapu kat perut bermula dari bawah ari-ari pusing lawan arah jam dan sapu kat bawah lengan yang tempat lain belum letak lagi..



Penggunaan dia sapu sikit je..



Mula-mula nak beli satu nak try je harga dia RM150 pastu kalau beli 2 kotak harga dia RM280 terus jadi ahli..



Apa lagi ambil 2 kotak terus la. Sebekas tu bleh tahan 2 bulan..



Itu saje untuk perkongsian hari ini..

Sesiapa yang berminat boleh la pm ke no ni Puteri : 019 - 5599386




Sekian, wasalam...











04 June 2014

AYAT SERIBU DINAR

Assalamualaikum wbt...


Mari beramal ayat seribu dinar InsyaAllah, Allah permudahkan segala urusan kita dan dimurahkan rezeki....




Sekian, wasalam...

16 April 2014

SENAMAN MUSLIMAH - KEVIN ZAHRI

Assalamualaikum wbt...

Hari ni nak share senaman muslimah dari Kevin Zahri..

Kevin Zahri ni adalah pengasas untuk Jom Kurus 1Malaysia (JK1M)

Jom kita tengok dulu pastu praktikkan tau moga dapat kecergasan badan kita selain boleh menguruskan badan secara sihat..






Fuhh~ berpeluh-peluh ikut senaman atas ni, best2..

Ok selamat bersenam...

Sekian, wasalam..

25 March 2014

MH370



Assalamualaikum wbt...





Sedih dengar pengumuman Perdana Menteri kita semalam..


Tabah lah wahai ahli keluarga penumpang MH370..


Ini semua ketentuan Allah SWT dan terima lah Qada dan Qadar Nya..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap yang berlaku dan ada hikmah disebalik kejadian ini.


Ia adalah ujian dan peringatan untuk kita di dunia ini..


Takziah diucapkan kepada keluarga penumpang..


Al-Fatihah untuk para penumpang dan kru MH370 yang beragama Islam..


Innalillahiwahinnaillahirojiun..

11 March 2014

MINGGU TERAKHIR SEBELUM PINDAH SEPENUHNYA

Assalamualaikum wbt..

Entri kali ni minggu terakhir sebelum pindah sepenuhnya dari rumah sewa yang tinggal sejak tahun 2008.

Sedih juga nak tinggal rumah lama banyak kenangan di sana (kenangan kucing mati dilanggar dan dibunuh oleh anjing) dan nak tinggal kan kucing orang tapi datang makan kat rumah (boleh nampak kot muka sedih kucing tu) :'(

Demi penghijrahan ini ku terpaksa meninggalkan semua itu (toucing la pulak..)(Nak pindah rumah baru kot patutnya hepi.. pe daaa)

Masih risau dengan kehilangan MH370 walaupun tiada ahli keluarga di dalam kapal terbang tersebut tapi dapat merasai kesedihan keluarga yang mengalaminya.
Moga dapat ditemui dengan selamatnya InsyaAllah..

Membebel la plak...

Jom kita tengok gambar persiapan pindah rumah cewahh...



Sekian, wasalam..

RUMAHKU SYURGAKU 12

Assalamualaikum wbt...



Baru ada kesempatan nak edit gambar rumah..


Entri kali ni minggu ke 12 proses pembinaan rumah..


Jom kita tengok apa yang dah siap..






Alhamdulillah hampir 98% dah siap waktu minggu ke 12 ni..


Sekian, wasalam..
 

10 March 2014

SIAPAKAH KITA??

Assalamualaikum w.b.t..



Siapakah Kita dan Siapakah orang yang….?



بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ



Dalam Al-Quran mengenai persoalan siapakah kita dan siapakah orang yang diberi petunjuk oleh Allah سبحانه وتعالى, antaranya akan diberikan petunjuk dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah سبحانه وتعالى dengan sebab keingkarannya, maka merekalah orang-orang yang rugi. Serta banyak lagi pertanyaan mengenai siapakah kita di alam fana ini seperti tersenarai di bawah….





1. Siapakah Orang Yang Sibuk?



Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s. Kata Imam Al Ghazali “Rugilah mereka yang sibuk tetapi segala kesibukan mereka hanya untuk dunia sahaja.”





2. Siapakah Orang Yang Sombong?


Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Aalamin, Tuhan semesta alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.




3. Siapakah Orang Yang Telah Mati Hatinya?



Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Qur’an, Hadis dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.




4. Siapakah Orang Yang Gila Itu?



Orang yang gila itu adalah orang yang tidak solat kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan solat, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.




5. Siapakah Orang Yang Lemah?



Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.




6. Siapakah Orang Yang Kuat?



Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.


7. Siapakah Orang Yang Bakhil?



Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah ﷺ.




8. Siapakah Orang Yang Buta?



Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Qur’an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.




9. Siapakah Orang Yang Tuli?



Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.




10. Siapakah Orang Yang Paling Cantik?



Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.




11. Siapakah Orang Yang Manis Senyumannya?



Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia berkata; “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu menambah, “Wahai Tuhanku! Daku redha dengan ketentuanMu ini.”,sambil mengukir senyuman.




12. Siapakah Orang Yang Miskin?



Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.




13. Siapakah Orang Yang Kaya?



Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.




14. Siapakah Orang-Orang Yang Mundur Hidupnya?



Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.




15. Siapakah Orang Yang Maju Dalam Hidupnya?



Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.




16. Siapakah Orang Yang Rugi?



Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.




17. Siapakah Orang Yang Selalu Ditipu?



Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.


.


18. Siapakah Orang Yang Menangis Air Mata Mutiara?



Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.




19. Siapakah Orang Yang Mempunyai Rumah Yang Paling Luas?



Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.




20. Siapakah Orang Yang Mempunyai Rumah Yang Sempit Lagi Dihimpit?



Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.




21. Siapakah Orang Yang Pandai?



Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.




22. Siapakah Orang Yang Bodoh?



Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.




23. Siapakah Orang Dungu Kepala Otaknya?



Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.




24. Siapakah Orang Yang Mempunyai Akal?



Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.




25. Siapakah Orang Yang Bijak?



Orang yang bijak ialah orang yang tidak membiarkan maklumat ini begitu sahaja, malah dia akan menyampaikan juga pada orang lain.




والله أعلم بالصواب




رَبَّنَا ظَلَمْنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ.
“Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Dikau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya termasuklah kami dari orang-orang yang rugi.”




Sesamalah kita jadikan peringatan dan memanfatkannya..