27 December 2013

CARA PENGGUNAAN MINYAK KELAPA UNTUK KECANTIKAN

Assalamualaikum wbt..


Rini nak kongsi penggunaan minyak kelapa untuk kecantikan..



Lima resepi kecantikan dengan menggunakan minyak kelapa yang mana hanya mengambil masa yang singkat untuk disediakan! Dengan minyak kelapa, kulit dan rambut anda semestinya akan mendapat lebih manfaat daripada minyak lain. Baca selanjutnya untuk mengetahui cara penggunaan minyak kelapa yang lebih efektif seperti berikut:

Pelembab bibir yang sangat sempurna!
Apa yang anda perlukan adalah minyak kelapa dan sebuah bekas kecil yang boleh di bawa ke mana-mana sahaja.

Minyak kelapa merupakan pelembap bibir yang sangat ideal. Ya, ia kelihatan keras apabila disimpan lama di dalam bekas kecil tersebut tetapi ia sangat lembut sebaik sahaja anda menggunakan jari anda untuk menggunakannya pada bibir. Simpan bekas kecil yang mempunyai minyak kelapa tersebut berdekatan anda supaya mudah untuk anda mencapainya apabila bibir kering. Bonus, minyak kelapa ini juga rasanya sedap!


Krim tangan yang lembut!
Untuk resepi ini, anda perlukan 50% minyak kelapa dan 50% lilin lebah (beeswax). Cairkan lilin lebah di dalam periuk plastik di atas air mendidih. Kemudian, tambahkan minyak kelapa. Kacau sehingga sebati dan tuangkan ke dalam bekas kecil. Siap! Anda boleh ambil sedikit dan sapukan pada kulit tangan yang kering untuk rawatan penghidratan. Satu tips daripada kami: letakkan bekas kecil yang mengandungi krim tangan minyak kelapa ini di sebelah sinki supaya anda boleh ingatkan diri anda untuk menggunakannya selepas mencuci tangan anda!

Krim badan minyak kelapa
Putarkan minyak kelapa dengan menggunakan blender elektrik. Bagi sedikit ruang udara masuk ke dalam pengisar supaya minyak jadi ringan seperti sutera. Ia juga akan menyebabkan krim tersebut menjadi lebih lembut untuk digunakan pada badan. Cubalah!


Minyak rambut yang berkhasiat
Gunakan minyak kelapa dengan cara yang sama anda gunakan minyak argan atau minyak rambut lain yang dibeli dari kedai. Untuk tip yang lebih efektif, sapukan minyak kelapa ikut kuantiti anda pada kulit kepala dan rambut beberapa jam sebelum mandi. Cara ini akan menebalkan dan mengukuhkan akar rambut. Tambahan lagi, gosok minyak kelapa antara jari anda dengan hujung rambut kerana ia membantu membaiki dan mengelakkan rambut bercabang.


Menanggalkan solekan secara semulajadi
Panaskan minyak kelapa dengan api kecil. Kemudian, campurkan minyak badam atau minyak bayi badam minyak (75% minyak kelapa / 25% minyak badam atau bayi). Tuangkan campuran tersebut ke dalam bekas dan biarkannya sejuk. Untuk menanggalkan solekan anda, ambil sedikit campuran tersebut menggunakan jari-jari anda. Seterusnya, urut muka dengan lembut dan gosok secara perlahan untuk hilangkan solekan. Kemudian cuci muka dan lap dengan kain bersih. Tip tambahan: anda boleh menggunakan minyak yang sama lagi sekali untuk melembapkan muka sebelum tidur!

Sumber

Sekian, wasalam..

26 December 2013

PENYEBAR AGAMA ISLAM DI TANAH JAWA (ABAD 17)


Assalamualaikum wbt..

Hari ini mari kita kenal wali-wali dari tanah jawa yang membawa penyebaran agama Islam pada abad ke-17.

Walisongo (Sembilan Wali) yang dikenal sebagai penyebar agama Islam di tanah Jawa pada abad ke-17.

Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, iaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat.

Kawasan ini adalah laluan perjalanan dari Surabaya ke Pati-Demak-Kudus-Malang-Surabaya.

Walisongo adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Pulau Jawa.

Peranan mereka sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga mempengaruhi kebudayaan masyarakat serta dakwah.

Walisongo bererti sembilan orang wali. Mereka adalah:

1. Maulana Malik Ibrahim
2. Sunan Ampel
3. Sunan Giri
4. Sunan Bonang
5. Sunan Dradjad
6. Sunan Kalijaga
7. Sunan Kudus
8. Sunan Muria
9. Sunan Gunung Jati


Kesemua wali ini tidak hidup dalam waktu yang sama tetapi mereka mempunyai kaitan rapat seperti hubungan darah dan juga di antaranya adalah mempunyai hubungan guru dan murid.

Maulana Malik Ibrahim adalah yang tertua. Beliau mempunyai anak yang dikenali sebagai Sunan Ampel.

Sunan Giri pula adalah anak saudara Maulana Malik Ibrahim yang bererti juga sepupu Sunan Ampel.

Sunan Bonang dan Sunan Drajad adalah anak kepada Sunan Ampel.

Sunan Kalijaga pula merupakan sahabat dan juga murid Sunan Bonang.

Sunan Muria merupakan anak Sunan Kalijaga.

Sunan Kudus juga murid kepada Sunan Kalijaga.

Sunan Gunung Jati adalah sahabat para Sunan yang lain kecuali Maulana Malik Ibrahim yang terlebih dahulu meninggal dunia.

Kesemua mereka tinggal di pantai utara Pulau Jawa dari awal abad 15 hingga pertengahan abad 16 iaitu di tiga wilayah penting (Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah serta Cirebon di Jawa Barat).

Mereka adalah para intelektual yang menjadi pembaharu masyarakat pada zamannya.

Mereka mengenalkan berbagai bentuk peradaban baru seperti dalam bentuk kesihatan, bercucuk tanam, perniagaan, kebudayaan dan kesenian, kemasyarakatan sehingga kepada pemerintahan.

Pesantren Ampel Denta dan Giri adalah dua institusi pendidikan paling penting di masa itu.

Dari Giri, peradaban Islam berkembang ke seluruh wilayah timur Nusantara.

Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati bukan hanya ulama tetapi ia juga merupakan pemimpin pemerintahan.

Sunan Giri, Bonang, Kalijaga, dan Kudus adalah penyumbang karya seni yang pengaruhnya masih terasa hingga ke hari ini.

Sementara Sunan Muria adalah pemimpin agama yang sangat rapat dengan rakyat jelata.

Era Walisongo adalah era berakhirnya dominasi Hindu-Budha dalam budaya Nusantara untuk digantikan dengan kebudayaan Islam.

Mereka adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia terutama di Pulau Jawa.

Mereka mempunyai peranan penting seperti Maulana Malik Ibrahim yang menempatkan diri sebagai "tabib" bagi Kerajaan Hindu Majapahit.

Sunan Giri yang dianggap oleh kolonialis sebagai "paus dari Timur" serta Sunan Kalijaga telah mencipta karya kesenian dengan menggunakan gaya dan cara yang dapat difahami oleh masyarakat Jawa dengan tidak meninggalkan kebudayaan Hindu dan Budha.

Sekian untuk hari ini. Wasalam.

19 December 2013

ZARRA 2

Assalamualaikum wbt..

Sebelum ni aku ada cite pasal ZARRA kan so rini aku nak kongsi/share apa yang aku pakai sekarang.

Aku baru pakai Masker Kolagen yang lain-lain aku belum try lg sebab nak abiskan produk lama dulu.

Masker Kolagen ni melembapkan kulit ku yang kering ni tau.

Masker ni boleh guna banyak kali sebab tu aku simpan dalam bekas.

Aku letak dalam peti ais. Bila nak pakai kali seterusnya sejuk je rasa best.

Ni gambar sekotak Masker Kolagen. Dalam sekotak tu ada 10 paket.


Gambar bawah ni sebelum aku pakai juz ambil dan sapu ke muka je.
Warna masker ni lutsinar dan wangii jee..


Gambar bawah ni pula selepas aku menggunakannya.
Cahaya gambar berbeza mengikut waktu bukan kulit jadi cerah lagi ye (jangan salah faham).



Ada sedikit perubahan bila aku pakai dalam 2 - 3 minggu. Muka aku tak lagi kering, ia terasa kelembapannya..

Itu saje untuk perkongsian hari ini..

Sekian, wasalam..

RUMAHKU SYURGAKU 3

Assalamualaikum wbt..


Sibuk pula sejak kebelakangan ni..


Hari Isnin 16/12/2013 lalu pergi melawat pembinaan rumah.


Rasa berbunga-bunga je nak pindah rumah baru..


Minggu ni dah minggu ke 3 proses pembinaan nya.


Jom tengok apa yang dah siap bina.








Sekian, wassalam..

18 December 2013

RUMAHKU SYURGAKU 2

Assalamualaikum wbt..

Entry ni tuk minggu ke 2 proses pembinaannya

Jom kita tengok gambar.


Sekian, wasalam...

16 December 2013

SOLAT SUNAT DHUHA

Assalamualaikum..

Antara rahsia jutawan Islam adalah solat sunat Dhuha. Dalam sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:

"Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."
(Riwayat Abu Dzar)

Antara nikmat solat sunat Dhuha pula:

1. Tidak termasuk golongan yang lalai.
2. Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan.
3. Diperkenankan doa selepas solat sunat Dhuha.
4. Dimurahkan rezeki.
5. Dipelihara oleh Allah S.W.T
6. Dihapuskan dosa.

InsyaAllah andai ada kelapangan mari kita solat dhuha, atau jika tak mampu, baca doa dhuha :)






Sekian, wassalam...

11 December 2013

TARIKH ISTIMEWA (SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA)


Rakan-rakan seangkatan sesiapa yang baru nak daftar sila lah daftar tarikh berkenaan untuk daftar perniagaan/pemerbadanan syarikat..

Cantik tau tarikh-tarikh tu..




TARIKH 11.12.13

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni tarikh yang cantik iaitu 11.12.13 cik ta nikah ok uolss..hehe

Ex bf aku sibuk dok emel-emel nak berkawan dengan aku semula setelah curang dengan aku selama 5 tahun berkawan dulu.

Oh no no no… Jaga anak bini ko ok..

Aku dah bahagia dengan kebahagiaan aku bersama keluarga yang aku sayangi sekarang walaupun aku masih single(gatal nak mention kan cehh). Ada aku kesah..

Apa kena mengena dengan tajuk di atas ek saje nak melalut jap hehehe.

Sekarang rumah aku a.k.a rumah ibu ku dalam proses pembinaan bahagian bin pula.

Tengok mcam kecik je xpe2 belum siap lagi kan.

Cuba tengok gambar belakang, besar juga rumah tu saiz sama je cuma lebar die kurang 2 kaki.

Jom kita tengok gambar-gambar proses pembinaan.












Sekian, wassalam..

05 December 2013

PROJEK AMAL

DEKO DEKO PUTERI LELA BAYU UNTUK RUMAH BARU 2014 (BILIK TIDUR)

Assalamualaikum


Sejak kebelakangan ni sibuk dengan hal rumah tengok proses pembinaannya..


Semalam pengorekan tanah meletak gelung untuk tempat pembuangan najis..


Hari ni search google untuk deko bilik tidur pula.

Mari kita tengok mana yang cantik.




Nombor 1 ni berkenan dengan tulisan khat di dinding tu. Kalau padankan dengan warna pink mesti sweet kan.




Nombor 2 ni ok laaa




Nombor 3 ni suka sebab warna pink sweet je tengok




Nombor 4 ni cantik nampak elegan




Nombor 5 ni nampak ceria




Nombor 6 ni nampak klasik retro (eh macam radio sinar plak)




Nombor 7 ni bilik pengantin (tiba-tiba berkenan hehehe)




Nombor 8 ni nampak santai n tenang je (tenang x??)




Nombor 9 ni nampak simple tapi suka ada kelambu macamtu




Nombor 10 ni nampak luas n suram macam dalam suasana tumbuhan buluh pun ada



Sekian, wassalam...

30 November 2013

DEKO DEKO PUTERI LELA BAYU UNTUK RUMAH BARU 2014 (DAPUR)

Assalamualaikum...

Moga hari ini lebih baik dari hari semalam..

Hari ni jom kita tengok hiasan dalaman untuk dapur pula..









Dalam gambar-gambar di atas aku lebih suka kabinet dapur nombor 4 yang warna putih serba lengkap, berapa la kos dia kan..

Macam comey je.. macam comey je kabinet dapur nombor 9 tu ~~...

Suka yang ada kabinet tengah kecil tu sebab senang proses potong memotong sebelum masak/penyediaan makanan

Ya Allah jika ada rezeki aku nak buat kat rumah baru aku nanti.. Aaamiinnn

Sekian, wasalam..

29 November 2013

DEKO DEKO PUTERI LELA BAYU UNTUK RUMAH BARU 2014 (RUANG TAMU)

Assalamualaikum...

Salam jumaat.. Semoga hari ni diberkati Allah SWT..

Tarik nafas dalam2 sambil mengingati Allah adalah satu nikmat
yang terungkap dengan kata-kata jika menghayati sedalam-dalamnya..

Syukur Alhamdulillah tahun depan akan memasuki rumah baru sekarang dah berangan-angan nak hias rumah macamana,bilik macamana, konsep pe, material dan sebagainya.

Jom kita tengok hiasan dalaman untuk ruang tamu dulu ye.










Warna pink tu macam cantik je.. macam cantik je..~~

Warna Putih last sekali ni elegan tul suka juga...

Sekian, wasalam..

27 November 2013

KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE

Assalamualaikum..

Hari ni nak share sesiapa yang usahawan online boleh la keluar berbisnes juz sewa tapak untuk 3 hari je..

KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE ini bertempat di Mydin Mall Meru Raya.

Bagaimana KARNIVAL JUALAN USAHAWAN ONLINE di Mydin Mall Meru Raya pada 20-22 Disember 2013 mampu menambah nilai perniagaan dan perkhidmatan anda supaya dikenali lebih ramai prospek dan rakan niaga?



Hubungi segera untuk pendaftaran. Penyertaan anda amat dialu-alukan.


Untuk info lanjut sila layari FB: Klasik Niaga Event @ hubungi 011-25595499 Ummi Diera, CEO KN Event.

Selamat membuat keputusan serba penting untuk salah satu strategi pemasaran perniagaan/perkhidmatan anda. :-)

Anda perlu memberitahu direkemenkan oleh Puteri Lela Bayu..

Selamat Berbisnes..

Anda Kaya dan Berjaya!!

Sekian. Wassalam..