23 January 2014

HOME BINDER 2014




Assalamualaikum wbt..


Dah lama tak update entry. Sibuk dengan hal kerja di ofis dan rumah baru bakal diduduki xlama lagi..

Minggu lepas aku berkenan terus beli dengan home binder 2014 yang direka oleh Puan Fizah pemilik blog Susunatur Sioca.

Jom kita tengok calendar yang direka beliau.


1) Cantik kan warna warni


2) Senang nak tengok cuti ape setiap bulan dan dapat merancang awal untuk bercuti atau lain-lain hal



3) Tarikh Istimewa ni tulis la birthday family dan birthday orang tersayang kalau untuk orang yang dah kawen boleh la tulis hari ulang tahun korang




4) Yang ni ada dari bulan Januari hingga bulan Disember. Tulis setiap hari apa yang korang buat atau perbelanjaan yang dikeluarkan setiap hari atau perancangan untuk setiap bulan




5) Ok kalau korang ada perkara nak tambah panjang berjela boleh la tulis kat nota tambahan ni



6) Kat sini ada sediakan tahun dari tahun 2014-2025 tulis la impian ke perancangan nak kawen tahun bila ke (aku la tu) atau apa-apa saja yang nak tulis.




Ok semoga bermanfaat.


Sesiapa yang berminat boleh la lawat blog Susunatur Sioca dan boleh beli terus dari Puan Fizah.



Sekian, wasalam..

2 comments: