01 November 2013

Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum,

Salam Jumaat..

Pagi sebelum ke tempat kerja seperti biasa bismillah, nawaitu ke tempat kerja dulu. Dalam kereta dengar radio IKIM fm dengar motivasi pagi berkenaan dengan REZEKI. Kata ustaz tu, lagi kita memberi (sedekah) lagi banyak Allah gandakan rezeki tanpa disangka-sangka. Sebab itu pentingnya doa SERIBU DINAR selalu aku baca selepas solat.



Hikmah Ayat 1000 Dinar.Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Amalan
Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
1.Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
2.Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
3.Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
4.Baca ketika hendak tidur tiga kali,
5.Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang. (Sumber : Blog Shafiqolbu^^Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat!^^)

Sekian. Wasalam.

No comments:

Post a Comment